-

Kenapa Mesti BERSHALAWAT ? Ini Penjelasan Lengkapnya


Hukum Berselawat

Hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib ketika:
1. Mengerjakan solat.
2. Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3. Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.
.
Arahan Membaca Shalawat

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu lebih utama.
.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(a). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(b).” (Surah Al-Ahzab: 56).

Catatan
(a) Berselawat ertinya: kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari malaikat bererti meminta keampunan dan kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan: Allahuma shalli ala Muhammad.
(b) Dengan mengucapkan perkataan seperti: Assalamu’alaika ayyuhan nabi ertinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi.
.
Tujuan Membaca Shalawat

Lafaznya selawat ke atas Nabi SAW, cukup mudah. Sebagai tanda kasihnya Allah kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.

1. Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi. Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat dan rasa cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda.
Dalam penjelasan hadis (akhbar al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca Shalawat tidak disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi, maka timbangannya tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.
Rasulullah SAW bersabda dengan maksud; “Sesungguhnya sahnya amal itu tergantung niatnya”.
.
Ada tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap, yaitu:
1. Solat yang tidak disertai dengan tunduk dan khusyuk.
2. Zikir dengan tidak sedar. Allah SWT tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak sedar.
3. Membaca Selawat untuk Nabi Muhammad SAW tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.
Rasulullah SAW bersabda : “Dan kalau kamu membaca shalawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”
.
2. Membaca Shalawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata : “Barang siapa cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan barangsiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”
.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca shalawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (shalawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”
.
Cara Membaca Shalawat

Disunatkan bershalawat kepada Nabi Muhammad SAW:
1.  Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,
2. Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.
3. Paling afdal, bershalawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!
.
Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.

Jenis-Jenis Shalawat

Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:
1) Shalawat Ibrahimiyah.
2) Shalawat Tafrijiyah.
3) Shalawat Munjiyah
4) Shalawat Ummi
5) Shalawat Fatih
6) Shalawat Syifa’.
7) Shalawat Syafaat.
8) Shalawat Badriyah
9) Shalawat kebajikan.
10) Shalawat menolak kecelakaan.
11) Shalawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.
.
Bencana Tidak BerShalawat

Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;
1. Dijauhkan dari rahmat Allah.
2. Mendapat kehinaan yang memalukan.
3. Setiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
4. Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
5. Mengalami kebingungan di hari kiamat.
6. Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
7. Menjadi ahli neraka.
Nabi Muhammad SAW bersabda ; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak bershalawat kepadaku.”
.
Waktu Afdal BerShalawat

Waktu paling afdal dituntut berselawat;
1. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
2. Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
3. Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
4. Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
5. Di akhir qunut dalam solat.
6. Di dalam solat jenazah.
7. Di antara takbir solat hari raya.
8. Ketika masuk dan keluar dari masjid.
9. Setiap waktu pagi dan petang.
10. Hari Kamis malam Jumaat,
11. Sepanjang hari Jumaat,
12. Ketika telinga berdesing.
13. Ketika terlupa sesuatu perkara.
14. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting,
16. Masa menghadiri tempat perhimpunan yang baik.
17. Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
18. Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.

Semoga Bermanfaat. Jangan Lupa Dishare keteman-teman
Jangan Lupa DISHARE... GRATIS :

Related Article

Komentar Facebook:

BERSIHKAN USUS ANDA SEKARANG

BERSIHKAN USUS ANDA SEKARANG
Sehat dengan Fiforlif

Like Us On Facebook

Fokus Hari Ini

Berita Terbaru